Laman E-Commerce | Kedai Niaga Online

Laporan daripada Verdict’s UK e-Retail pada tahun 2008 menunjukkan bahawa sektor membeli-belah dalam talian telah mengekalkan keyakinan walaupun keadaan sektor perdagangan semakin meninggi dan mencabar.
 
Ia juga menunjukkan bahawa pertumbuhan jumlah jualan secara online pada tahun lepas adalah 35%. Statistik ini membuktikan bahawa mana-mana perniagaan secara runcit perlu membina perniagaan secara online melalui sitem E-Commerce secepat mungkin.
 
Kenapa anda perlukan Web E-commerce (Kedai Online) ?
  • Tiada pemasangan dan kos operasi. Tidak perlu untuk membayar sewa dan bil utiliti gas, elektrik, air dan sebagainya.
  • Tidak perlu mengupah pembantu kedai atau menjaga kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya.
  • Anda boleh menarik pelanggan tempatan serta luar negara, daripada itu ia meningkatkan jualan anda.
  • Anda boleh mengalahkan pesaing anda kerana mampu menjalankan jualan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
  • Anda boleh menerima pembayaran online serta-merta.
  • Satu cara mudah untuk membina kesetiaan pelanggan melalui perkhidmatan pelanggan yang lebih baik iaitu, dengan menghantar newsletter bulanan hanya dengan satu klik tetikus. Tidak perlu untuk mencetak risalah dan perbelanjaan pos.
  • Merupakan cara paling cepat dan paling mudah memaparkan produk anda sebagai katalog dalam talian.
Jadi, jika anda fikir anda mempunyai produk atau perkhidmatan yang tidak memerlukan campur tangan manusia dalam proses penjualan dan jika harga telah ditetapkan untuk mana-mana pembeli, maka laman web E-Commerce adalah pilihan terbaik untuk anda. 
 
QN Solution mampu membangunkan laman E-Commerce dengan harga yang rendah dan design yang menarik sesuai dengan citarasa yang anda mahu. Tempah segera!
Mohon ProposalDapatkan Tawaran Terbaik  Lihat Portfolio Kualiti Adalah Keutamaan 

SSL Security

Semua pembelian di laman QN Solution diproses dengan enkripsi 256-bit bagi memastikan keselamatan yang optimum ketika anda membeli melalui kami.